Fahmi Esmail Katalah tak laku pun


Anak didik kepada komposer terkenal Ajai iaitu Fahmi Esmail kini telah kembali berkhidmat di awan biru sebagai pramugara di syarikat penerbangan AirAsia.

Fahmi, 29, atau nama sebenarnya Mohd Zulfahmi Bin Esmail, yang juga merupakan artis Wake The Baby (WTB) memberitahu selain menyanyi dia juga rindu untuk terbang.

"Bulan Ogos lalu saya dah jalani latihan. Kemudian bulan Oktober saya dah terbang semula.

"Saya rindu sebenarnya untuk terbang sebab sebelum ini, enam tahun saya bergelar pramugara sebelum fokus pada kerjaya seni.

"Masa mula-mula jadi artis memang jadual agak padat sebab banyak terlibat dengan promosi single pertama. Tapi sekarang ada masa terluang jadi apa salahnya jika saya kembali terbang seperti dulu," ujar Fahmi positif.

Tambahnya lagi, sekarang ini juga semakin ramai bakat-bakat baru yang muncul. Jadi ini adalah rezeki mereka.

"Kalau orang kata saya dah tak laku ke apa ke, pada pendapat saya, saya kini nak buat perkara yang boleh membahagiakan diri sendiri.

"Saya masih lagi terima undangan menyanyi, bukan tidak ada langsung. Tidak berhenti atau merajuk pun. Cuma selepas ini pihak pengurusan WTB akan susun jadual mengikut waktu kerja saya.

"Alhamdulillah pihak pengurusan faham dengan minat saya. Jadi kami telah capai kata sepakat. Mereka memberi kebebasan kepada saya," ujarnya lagi.

Oleh itu, Fahmi akan muncul dengan single terbaru dijangka pada awal tahun hadapan.

Post a Comment

Previous Post Next Post