Diva perhatikan sejak akhir-akhir ini pelakon drama Hati Perempuan, Hafeez Mikail acap kali memuat naik gambar bersama penyanyi Daiyan Trisha di Instagram miliknya. Tak silap Diva memang mereka ini ada terlibat dalam sebuah filem bersama.
Cumanya, kemesraan yang ditunjukkan di laman sosial itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya apakah status hubungan sebenar mereka. Bukan apa, setahu Diva, sebelum ini Hafeez ada berkawan rapat dengan seorang wanita, cuma memang dah lama Diva tak perhatikan gambar dirinya bersama wanita tersebut.
Barangkali mereka sudah tidak bersama. Kalau nak kata untuk tujuan promosi filem, hairan juga Diva. Bukan apa, kalau setakat untuk promosi filem tidaklah hingga ke acara-acara hiburan pun mereka bersama. Bahkan di ruangan Instagram story pun Hafeez kerap kali berkongsi gambar dirinya dengan Daiyan.
Apa yang Diva perhatikan, ramai yang mengatakan mereka kelihatan serasi sekali. Maklumlah, seorang kacak, seorang lagi cantik. Kalau betul bercinta pun apa salahnya kan. Cuma, Diva tertanya-tanya, adakah bibit pertemuan ketika di set penggambaran? Hehe.