Chef Wan minta Nabil Ahmad jangan melatah


Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan meminta agar tegurannya kepada pelawak, Nabil Ahmad diambil secara positif dan tidak dijadikan isu besar.

Menurut Chef Wan, menerusi status yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, beliau menegur Nabil dengan cara baik dan tiada penggunaan kata-kata kesat dalam ayatnya.

“Sebagai seorang selebriti, Nabil sepatutnya lebih matang dan tidak mudah melatah seperti ini.

“Kalau Nabil boleh bergurau dengan orang tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka, mengapa dia tidak boleh ditegur atas dasar profesionalisme?,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah Chef Wan, jika Nabil berhasrat untuk melibatkan undang-undang dalam hal ini, dia tidak takut kerana yakin dia menyatakan hal sebenar.

“Saya cakap benda yang betul, mewakili sekumpulan orang yang tidak suka pada cara Nabil bergurau dengan agak melampaui batas di pentas Gegar Vaganza (GV).

“Jika dia kata apa yang dilakukan atas dasar kerja, sila gunakan logik akal agar ia berpada-pada,” katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post