Kisah artis sorok suami atau isteri bukan perkara biasa. Itu belum lagi dikira dengan kisah artis kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan media dan peminat.
Terbaru, Cik Pang dapat tahu pelakon dikenali melalui drama Suamiku Paling Sweet, Natasya Mahyan sebenarnya sudah pun berkahwin.
Teman Cik Pang mendakwa, artis itu menyembunyikan statusnya sebagai isteri kerana tidak mahu ia mengganggu tawaran berlakon yang sedang kencang.
Dakwa teman Cik Pang lagi, suami Natasya berasal dari Kuala Lumpur tetapi bekerja di Johor. Mereka baru saja berkahwin awal tahun ini.
Bila ditanya lagi perincian lain mengenai hal itu, tidak pula teman Cik Pang tahu.
Ikutkan, Cik Pang tidaklah ambil peduli sangat tapi perkara yang baik buat apa nak disorok. Apatah lagi membabitkan soal nikah kahwin.
Yelah! Bimbang pula nanti timbul fitnah dalam masyarakat. Apatah lagi dalam perkembangan teknologi serba canggih, fitnah sudah menjadi perkara biasa terutama dalam laman sosial.
Apapun, Cik Pang harap Natasya dan mana-mana lagi artis yang masih sorok status perkahwinan mereka bersikap terbuka untuk berkongsi.
Namun demikian, kalau tetap nak kunci mulut, terpulanglah pada diri masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.