Ady Ukays Tak terikat dengan Ukays


Ady Ukays

Vokalis kumpulan Ukays, Ady menjelaskan dia tidak menandatangani sebarang kontrak bersama kumpulan muzik terkenal 90-an itu sejak bersama dua tahun lalu.

Malah, Ady atau nama sebenarnya Abdul Hadi Abdul Hamid memberitahu dia bebas untuk bergerak solo dan menghasilkan single sendiri tanpa kumpulan tersebut.

“Ya, saya akui ramai yang tanya tentang hal ini. Apa yang pasti tiada sebarang sesi menandatangani kontrak bersama Ukays sejak dua tahun saya bersama mereka.

“Maksudnya di sini, saya boleh terima persembahan pentas secara solo dan buat album tanpa Ukays,” katanya yang mengeluarkan single solo berjudul Pujaanku.

Tambah Ady, dia tetap menerima undangan persembahan daripada Ukays jika ada penganjur mahu mereka bersama.

“Saya bersyukur syarikat rakaman Dua Karya yang menaungi saya tidak menghalang untuk saya membuat persembahan bersama Ukays.

“Saya masih lagi vokalis Ukays dan kalau ada jemputan menyanyi, saya tetap akan nyanyi bersama mereka,” jelasnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post