Wanna Ali lega tonsil dah ok


Penyanyi Wanna Ali, 20, dimasukkan ke hospital akibat masalah tonsil bengkak yang menyebabkan gusinya berdarah, Khamis lalu.

Popular dengan lagu Lepaskanlah dan Tak Mengapa, Wanna gembira kerana dibenarkan pulang, hari ini.

Katanya, dia terpaksa ke hospital Khamis lalu selepas merasai kesakitan pada bahagian gusi dan kerongkong selain hilang selera makan.

"Apabila diteliti, saya dapati gusi sudah mula berdarah. Padahal saya tidak alami demam atau sakit yang teruk sebelum ini.

"Saya sepatutnya buang tonsil bengkak pada usia 12 tahun lalu tapi disebabkan ia tidak teruk, saya hanya makan ubat," katanya.

Wanna mendakwa, masalah tonsil dialami sudah di peringkat sukar diubati dengan ubat-ubatan dan hanya boleh sembuh selepas menjalani pembedahan.

Tanpa berselindung, Wanna akui pada awalnya dia enggan ke hospital kerana tidak mahu ditahan di dalam wad.

Dia pernah ditahan dalam wad selama dua minggu pada zaman kanak-kanak kerana masalah sama.

Cuma pada masa ini, dia memaksa diri menjalani pembedahan kerana tidak mahu terlepas peluang mengembara ke negara-negara Eropah yang dijadualkan pada 19 Oktober ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post