Fasha Sandha bersetuju mengambil jalan damai bagi menyelesaikan dua kes melibatkan dirinya dan Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kelmarin adalah demi masa depan anak-anak.
Kata orang, berdamai dengan hati merupakan perkara paling sukar. Sering kali hati menduga pemilik seketul daging tempat terkumpulnya segala emosi itu untuk mengambil sesuatu tindakan. Adakalanya juga hati teruji oleh banyak hal yang menggugah fikiran sehingga ada sesetengah tindakan dibuat saat awal boleh berubah ke arah sesuatu yang berlainan ketika kata putus hendak ditentukan.
Kelmarin, keputusan yang diambil selebriti popular Fasha Sandha berhubung semua tuntutan terhadap bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, begitu juga tuntutan lelaki itu terhadap Fasha di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pastinya telah memberikan sebuah jawapan yang mendamaikan hati kedua-dua pihak.
Ia bermula apabila Rizal menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.
Fasha pula menarik balik perintah injuksi bagi menghalang Rizal daripada mengganggunya yang difailkan pada Mac lalu.
Pelakon filem Dukun Doktor Dani itu turut menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.

Fasha menerusi satu status yang muat naik di Instagram menulis meluahkan kelegaannya terhadap apa yang diputuskan di mahkamah. Antara luahan Fasha, ada yang berbunyi: “Alhamdulillah. Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayah-Nya kepada saya dan Rizal.”
Nyata, Fasha dan bekas suami sepakat berdamai demi masa depan anak-anak mereka Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2. Fasha amat bersyukur dengan keputusan tersebut yang dianggap sebagai anugerah buatnya.

Fasha Sandha kekal memegang hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya Putra Rayfal, Putri Raysha Jemyma (kanan).
Luahan
Mengutip perincian daripada Fasha menerusi Instagram berhubung penyelesaian bersama yang telah diambil mengenai kemelut yang pernah melanda mereka sebelum ini, anak kelahiran Johor Bharu, Johor itu turut menjawab teka-teki netizen apabila jalan perdamaian mereka di mahkamah dikatakan suatu proses yang memungkinkan Fasha dan Jejai kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri.
Jelas Fasha, dia dan Jejai tidak tidak rujuk semula sebagai suami isteri sebaliknya, mereka berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes demi anak-anak.
“Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak rujuk. Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes termasuk hak penjagaan. Saya sebagai ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua-dua anak saya. Saya harap perkara ini jelas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” tulis Fasha menerusi Instagram pada Khamis lalu.
Mungmkin ramai yang ingin tahu bagaimana sebenarnya penyelesaian kes secara baik itu tersebut dibuat oleh dua jiwa yang telah bercerai kasih.
Tidak mahu banyak merungkaikan apa yang telah berlaku, Fasha yang kini sibuk di lokasi pengambaran drama bersiri bertajuk Syurga Kedua menjelaskan, semuanya berlaku atas permintaan dan cadangan daripada Jejai sendiri.
“Jalan damai itu sebenarnya atas cadangan dan permintaan Rizal pada petang 2 Ogos lalu (3.21 petang). Dia mahu berdamai dengan saya demi anak-anak.
“Biarpun pihak Rizal yang terlebih dahulu memulakan segalanya, saya terima setelah memikirkan segala kebaikan demi anak-anak,” luah pelakon berusia 33 itu menerusi Instagram sehari selepas kes diputuskan di mahkamah.
Secara peribadi, sesiapa pun akan menarik nafas lega jika apa jua keputusan memberi harapan yang baik-baik kepada semua pihak. Sementelah Fasha, seorang wanita yang sejak usia belasan tahun telah mengenal sepak terajang dunia seni.
Di mata ramai, ibu tunggal itu tetap seorang wanita kuat yang tidak pernah kenal lelah berjuang untuk hidupnya di samping permata hati yang sedang membesar.
Demi kebahagiaan anak-anak, ibu bapa mana pun akan sanggup meminggirkan perasan sendiri. Begitu juga Fasha dan Jejai.