Aksesori fesyen serlah pesona Elizabeth Tan


RAMBUT - Memiliki rambut yang panjang mengurai ke bahu merupakan bonus buat mana-mana wanita termasuk Lizzy kerana memiliki pelbagai pilihan menarik untuk digayakan ketika tampil dengan penuh karisma di depan khalayak. Memilih gaya tocang bersanggul yang sinonim dengan identiti Lizzy sejak sekian lama, ia tetap kelihatan kotemporari kerana sisiran rambut dilihat memiliki dimensi yang berbeza.

SOLEKAN - Kecantikan yang dimiliki aktres ini tampak cukup sempurna apabila memilih gaya solekan natural, selain dipadankan dengan warna gincu bibir yang sedikit garang.

DRESS - Sekali imbas, Lizzy seolah-olah menggayakan baju kurung moden, namun ia sebenarnya two-piece dress. Pada masa sama, dress yang berwarna coklat khaki itu juga jelas menyerlahkan warna kulit Lizzy yang putih melepak.

TALI PINGGANG

Busana Lizzy juga dilengkapi dengan aksesori tambahan tali pinggang dampak pada hari itu. Selain mengimbangi warna busana kosong tanpa corak, kewujudan tali pinggang sebegini juga berjaya menyerlahkan bentuk badan Lizzy yang langsing dan ramping.

CAPE - Kunci utama pemilihan fesyen Lizzy pada hari itu pastinya terletak pada cape atau kain jubah berwarna merah jambu pastel yang digayakan olehnya. Ia kelihatan agak ekstrem, namun tiada yang mustahil ketika berfesyen. Sementelahan pula, pemilihan warnanya tidak menenggelamkan warna busana Lizzy, sekali gus memastikan segala-galanya kelihatan ideal dan sempurna pada kaca mata khalayak.

RANTAI LEHER - Kehadiran dua utas rantai leher yang halus dan tidak terlalu ketara saiznya ini berupaya menyerlahkan leher Lizzy yang jinjang seperti mana diidamkan majoriti wanita.

CINCIN & GELANG TANGAN - Pelantun lagu Tabah itu sekadar membuat keputusan untuk menggayakan sebentuk cincin berbatu berlian kecil yang disarungkan pada jari manis kanannya, namun ia sudah cukup untuk meletuskan impak, sekali gus kelihatan sinonim dengan rantai leher serta gelang tangan yang digayakannya pada hari itu.

KASUT

Aktres ini bijak menutup gaya fesyennya menerusi kasut wedges jenis open toe berwarna gelap bagi memastikan hayunan langkahnya sentiasa kelihatan elegan pada hari itu.

PERCAYA atau tidak, tiada yang mustahil ketika berfesyen. Seandainya ngam-ngam, ia bakal menjadikan sang penggaya sebagai trendsetter, namun tidak mustahil dianggap sebagai mangsa fesyen jika ia digayakan secara berlebih-lebihan.

Aktres dan penyanyi berbakat, Elizabeth Tan juga merupakan antara ikon yang dilihat bijak serta berani mengambil risiko ketika berfesyen.

Pemilihan beberapa aksesori seperti cape dan tali pinggang dampak jelas memastikan pesona yang dimiliki Elizabeth, 24, tidak pudar di mata khalayak.

Minggu ini, Sensasi Bintang memperincikan pemilihan fesyen Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy itu untuk tatapan pembaca.

Post a Comment

Previous Post Next Post