Ummi Nazeera, Malam Ada Suami Teman


Ummi Nazeera kini yang menyediakan makan dan minum serta pakaian harian suaminya.

Fasa kehidupan pelakon Ummi Nazeera kini sudah banyak berbeza semenjak bergelar isteri kepada Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai lalu.

Ummi berkata dia kini seorang wanita yang lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada dirinya tetapi terhadap suami dan rumah tangga yang dibina.

"Saya sangat gembira menjalani kehidupan selepas berkahwin dan saya jadi lebih bertanggungjawab.

"Seronok dapat melunaskan tanggungjawab menjaga keperluan suami seperti makan minumya dan pakaiannya walaupun saya ada pembantu di rumah.


Menurut Ummi, suaminya bukanlah seorang yang sangat romantik namun dia manja.

"Ia sesuatu yang saya ingin lakukan sendiri sebagai isteri dan ia datang sendiri kerana rasa tanggungjawab terhadap suami," katanya.

Pemilik nama sebenar Nazeera Nur Hidayah Zainulabadin, 27, juga memberitahu hatinya juga cepat berasa tenang apabila mengetahui ada seseorang menantinya di rumah selepas menghadapi tekanan di tempat kerja.

"Lagi bertambah seronok apabila kita hadapi tekanan di tempat kerja, bila balik rumah waktu malam ada orang menemani.


Ummi seronok menjalani kehidupan selepas berkahwin.

"Sebelum ini kita seorang nak fikir semua itu, sekarang dah berdua. Itu yang seronoknya," ujarnya yang bakal berbulan madu di Switzerland pada Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, Ummi bakal muncul dalam filem berjudul Bisik Pada Langit yang akan ditayangkan di pawagam bermula 21 September ini.

Mengisahkan pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya, Ummi berkata, cabaran menjayakan wataknya adalah ketika dia dikafankan kerana dia seorang klaustrofobia iaitu takut berada dalam ruang tertutup dan sempit.

"Bayangkan saya pula jenis klaustrofobia yang takut dengan ruang tertutup dan sempit. Sepanjang melakonkan babak itu, saya kawal minda supaya tidak panik.

"Jalil Hamid yang saya panggil Uncle Jalil yang banyak mengajar untuk menampakkan babak itu tidak dibuat-buat.

"Dia kata kena menutup mata sambil menjulingkannya dan memang betul cara itu berkesan," katanya.

Selain Ummi, filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon hebat Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Beto Kusyairi, Na’im Daniel dan Erwin Dawson.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post