Tiaz Al-Khred jaga Hazman


Hubungan cinta antara Tiaz dan Hazman sudah diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.

Selepas sudah tidak bernaung lagi di bawah Suria Records, bekas peserta D’Academy Asia, Hazman Al-Idrus memilih untuk bergerak secara sendirian. Sememangnya, bagi pendatang baharu sepertinya, situasi itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Tambahan pula, selepas pembabitannya dalam program realiti Tiaz jaga Hazman

Indonesia itu, namanya lebih dikenali di negara jiran berbanding di tempat sendiri. Apatah lagi, memikirkan bagaimana mahu membina jaringan kenalan bagi tujuan promosi diri, Hazman akui dia mempunyai batasan daripada aspek itu.

“Syukur alhamdulillah, selepas tamat program tersebut, boleh dikatakan bahawa saya diterima baik oleh peminat di Indonesia. Walaupun pada asalnya, mereka mengenali saya sebagai penyanyi, tetapi daripada situlah peluang untuk saya bergelar pelakon pula muncul.

“Sehinggalah saya diberikan peluang berlakon bersama syarikat produksi di sana. Bagaimanapun, pada masa sama, saya cuba untuk bina nama di sini juga. Kalau boleh nak kembangkan bakat di kedua-dua negara. Cumanya, saya kini perlu uruskan perjalanan karier seni sendiri selepas sudah tidak terikat dengan syarikat pengurusan lagi,” katanya kepada Sensasi Bintang ketika ditemui dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Sungguhpun begitu, kata Hazman, perkenalannya bersama pengacara program MBuzz, Tiaz Al-Khred kemudian memudahkan lagi perjalanan seninya di sini. Kongsinya, dia tidak menyangka, pertemuan dirinya bersama wanita tersebut di satu acara membuka satu episod baharu dalam hidupnya.

“Sejak perkenalan itulah, Tiaz banyak membantu saya untuk publisiti. Memandangkan dia mempunyai kenalan dalam kalangan media, daripada situlah, dia membawa saya untuk bertemu dengan media-media di sini.

“Bahkan, saya sendiri tidak menyangka bahawa pertemuan kami di satu majlis itu akhirnya membawa kepada satu perhubungan yang lebih rapat,” kata pelakon telefilem Jodoh Di Tangan Ilahi itu.

Bermula dari saat itulah, hubungan mereka menjadi akrab. Bukan sahaja sebagai kawan, tetapi juga lebih kepada pasangan kekasih.

“Apabila mendapat tahu bahawa kami ini daripada keturunan Syed dan Sharifah, lagilah kami menjadi rapat. Maklumlah, memang keluarga pula sebolehnya mahu menjaga salasilah keturunan.

“Jadi, perkenalan itu secara tidak langsung bertukar kepada hubungan yang melibatkan soal hati pula,” jelas Tiaz atau nama sebenarnya Sharifah Zakiah Syed Hashim Al-Khred.

Tambah Tiaz lagi, memandangkan Hazman kini tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan, secara sukarela dia membantu menguruskan perjalanan seni Hazman di sini.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, kata, Tiaz, mereka memang mempunyai hasrat untuk mengakhiri zaman bujang. Apatah lagi masing-masing sudah mahu menjangkau usia 30-an semestinya, kata Tiaz perkara tersebut sering menjadi pertanyaan. Bagaimanapun, katanya, semua itu terserah kepada jodoh.

“Apa yang penting, keluarga di kedua-dua belah pihak pun memang sudah maklum mengenai hubungan kami. Buat masa ini, kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post