Siti Nurhaliza puji nyanyian Syamel AF Megastar


Ternyata peserta AF Megastar mempunyai vokal yang cukup mantap hinggakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memberikan pujian buatnya.

Siti menulis di laman twitternya selepas Syamel membuat persembahan menyanyikan lagunya, Diari Hatimu.



"Oh Syamel...nyanyian itu sangat memukau #AFMegastar," tulisnya.

Bukan mudah sebenarnya untuk membawakan lagu Siti apatah lagi membuatnya seperti lagu milik sendiri.

Sementara itu, netizen juga mula menyedari kemantapan vokal yang dimiliki oleh Syamel ini.


"OMG, seseorang yang mempunyai bakat malam ini adalah peserta yang menyanyikan lagu Datuk Siti, Diari Hatimu," tulis pengguna twitter, Destiel.

Turut bersetuju, pengguna Twitter, Liah Daud.

"Syamel seorang suka mengambil risiko dan sangat inovatif, gubahan semula lagu Diari Hatimu ini sangat bagus!" tulisnya.

Bagi Faizal Hamssin pula, dia sangat kagum dengan gubahan lagu tersebut yang tidak mengubah 'perasaan' asal lagu itu.

"Gubahan lagu Syamel sangat bagus dan Siti akan merasa bangga, dia menukar susunan asal lagu itu tanpa mengubah 'perasaan' asal lagu tersebut," tulisnya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post