Nita Hamzah dapat gambar lucah lagi!


Penyanyi Nita Hamzah sekali lagi menerima kiriman mesej dan gambar lucah daripada seorang remaja lelaki di laman Facebook.

Nita berkata, perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan individu sama yang turut melakukan perbuatan sama terhadapnya pada 30 Ogos lalu.

"Saya takut apabila perkara ini terjadi sekali lagi. Saya bimbang jika individu terbabit berada di sekeliling saya saja. Kenapa saya yang jadi mangsa? Saya bukan artis popular pun.

"Perkara sebegini membuatkan saya marah. Bukan apa, saya sudah bertunang dan tidak mahu orang bersangka buruk," katanya kepada Harian Metro.

Nita berkata, dia membalas mesej itu kerana menyangka individu itu ingin membuat tempahan kupang yang kini diusahakannya.

"Saya pasti mesej itu dihantar seorang remaja kerana dia memanggil saya kakak. Namun, apabila dibalas lain pula jadinya apabila dia menghantar gambar kemaluan.



Apa dilakukannya sangat keterlaluan. Mana pergi rasa malu dalam diri?" kata naib juara Malaysian Idol 2005 itu.

Tindakan individu itu memaksa Nita meletakkan gambar profil lelaki terbabit di laman Facebook sebagai pengajaran.

"Naluri saya kuat mengatakan ia perbuatan daripada orang sama. Kali pertama dia menggunakan nama dan gambar profil lain. Akaun itu saya sudah sekat untuk mengakses Facebook saya.

"Namun apabila yang kedua ini dia menggunakan nama dan gambar lain, saya tidak boleh mengenal pasti. Saya masih tidak faham, apa yang dia inginkan daripada saya," katanya yang bercadang membuat laporan polis.

Post a Comment

Previous Post Next Post