Laudya Cynthia Bella Akhirnya Jadi Milik Engku Emran


Engku Emran akhirya bergelar suami kepada bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Ahli perniagaan iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin selamat bergelar suami kepada aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 6.57 petang di sebuah lokasi di Kuala Lumpur yang berlangsung secara sederhana, dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.

Pada majlis itu, Engku Emran, 42, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Engku Emran dalam kenyataannya kepada media berharap berita pernikahannya itu dapat meredakan spekulasi mengenai hubungan mereka yang dilaporkan media sebelum ini.


Engku Aleesya (tengah) turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya dan Laudya Cynthia Bella.

"Terima kasih kerana memberikan ruang kepada kami untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup.

"Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Kenyataan itu diedarkan leawat petang Jumaat.

Mereka turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada sebelah malam.

Antara selebriti yang hadir menyaksikan saat bersejarah itu ialah rakan artis Indonesia seperti Melly Goeslow, Irwansyah dan Teuku Wisnu selain Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri.


Kelihatan Engku Emran tenang ketika melafazkan akad nikah yang dilakukan oleh ayah Laudya.

Sebelum ini, kecoh dilaporkan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella sedang hangat bercinta apabila mereka sering meninggalkan komen di Instagram masing-masing.

Ia menyebabkan Engku Emran menjadi buruan media Indonesia yang ingin mengetahui identitinya kerana berjaya menambat hati pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu.

Engku Emran pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.
Pasangan ini dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.


Erra Fazira (kiri) bersama anaknya dan Laudya.

Moga Cepat Dapat Anak - Erra Fazira

Dalam pada itu Erra Fazira turut mendoakan agar penyatuan jiwa pasangan berkenaan akan berkekalan sehingga ke jannah.

Erra berkata, perkahiwnan itu juga diharap dapat mengeratkan ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.

"Kita bersaudara dalam kejauhan… kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin,” ujarnya menerusi catatan di Instagram miliknya.



Erra juga turut mendoakan agar pasangan pengantin baharu itu cepat dikurniakan cahaya mata.

"Kepada pasangan mempelai EE (Engku Emran) dan Bella… moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik… Kalian sentiasa dalam doaku," katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post