Kang Daniel Kongsi Pengalaman Dibuli


Pengalaman dibuli sewaktu kecil tidak pernah membuatkan Kang Daniel terus rasa rendah diri.

Penyanyi Kang Daniel mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli semasa kecil ketika muncul menerusi program KBS Hello Counselor baru-baru ini.

Anggota kumpulan Wanna One itu terbuka bercakap mengenainya selepas seorang peminat meminta nasihat kerana menjadi mangsa buli.

Gadis berusia 17 tahun itu memberitahu dia sering dibandingkan dengan kakaknya yang dikatakan jauh lebih cantik daripada dirinya.

Kang yang memahami perasaan dibuli menasihati gadis itu agar jangan membiarkan orang lain memandang rendah kepadanya dan sentiasa yakin dengan diri sendiri.


Daniel menasihatkan gadis malang tersebut agar sentiasa yakin diri.

Pada program itu, anggota lain Wanna One iaitu Kang Daniel, Park Ji Hoon dan Hwang Min Yun turut hadir.

Malah Kang turut meyakinkan gadis malang itu bahawa dia sebenarnya memiliki wajah cantik dan memberitahu dia juga pernah diejek kerana rupa parasnya.

"Dulu saya sering disisihkan dan dianggap hodoh di kalangan rakan-rakan tapi pada akhirnya, saya mengetahui bahawa kepercayaan diri datangnya dari diri saya sendiri.

"Saya harap anda juga boleh tanam rasa percaya diri," ujarnya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post