Selepas insiden yang menimpa Taeyeon, baru-baru ini, kawalan keselamatan terhadap anggota Red Velvet, Irene kini diperketatkan.
Perkara itu disedari peminat apabila Irene yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk ke Indonesia diiringi enam pengawal peribadi.
Irene dilihat berasa kagum dengan kawalan ketat itu.
Menyedari peminat semakin sukar untuk mendekatinya, Irene melambai dan melemparkan senyuman manis ke arah mereka.
Tindakan itu diambil agensinya, SM Entertainment selepas Taeyeon menjadi mangsa tolak-menolak selain laluannya dihalang peminat di Indonesia.