Imej berhijab Aisya Hasnaa makin diterima


Selepas setahun muncul dengan imej bertudung, pelakon Aisya Hasnaa mengakui perubahan gayanya kini semakin diterima.


Menurut Aisya, 27, yang membintangi filem Kau Tadkirku ini, pada awalnya dia tidak terlepas daripada berdepan dugaan terutamanya dalam soal karier.

“Dugaan itu memang ada dan saya dapat rasainya terutama ketika saya baru sahaja tampil dengan imej bertudung ini.

“Ketika itu tawaran lakonan agak perlahan dan saya sedar dengan keadaan tersebut. Bagi saya, mungkin orang belum dapat terima dan memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan perubahan saya.

“Sebenarnya saya sendiri perlukan masa untuk membiasakan diri dengan perubahan ini. Jika saya sendiri pun rasa begitu, apatah lagi dengan orang lain,” jelas Aisya.

Namun berkat kesabaran dan keikhlasannya berhijrah, Aisya berjaya mengatasi dugaan tersebut dan terus mengatur langkah dalam industri sebagai anak seni.

“Tetapi sekarang keadaan menjadi lebih positif. Saya tahu semua orang semakin menerima perubahan saya ini. Tawaran yang saya terima juga amat menggalakkan.

“ Saya melalui dugaan ini dengan tenang dan saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus aktif sebagai pelakon berimej Muslimah,” ujarnya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post