Ungku Hariz, Tak mengidam pun


Pelakon dan juga suami kepada dan pelakon dan pengacara popular Jihan Muse, Ungku Hariz Faizal menjelaskan isterinya tidak berdepan masalah mengidam selepas disahkan hamil empat bulan.

Ungku Hariz berkata, di awal kehamilan hingga sekarang Jihan terpaksa berdepan dengan masalah 'morning sickness' yang agak teruk.

Kelmarin, Jihan mengumumkan dia kini hamil empat bulan ketika menjadi pengacara menggantikan Neelofa dalam program hiburan Meletop bersama Nabil Ahmad.

Ungku Hariz berkata, walaupun tidak mengalami masalah mengidam dan meminta makanan pelik-pelik, tetapi waktu makan isterinya berubah-ubah dan tidak tentu masa.

"Apabila Jihan disahkan mengandung, perasaan saya bercampur baur dan reaksi saya pelbagai. Saya doakan Jihan dan anak dalam kandungan sihat dan selamat hingga dia bersalin,” katanya.

Menurut Ungku Hariz, sepanjang awal kehamilan emosi Jihan juga tidak menentu terutama apabila dia memikirkan mengenai kontroversi dan beberapa isu berbangkit.

"Situasi itu juga agak membimbangkan saya. Apa pun, dalam berhadapan situasi sedemikian kami perlu sentiasa berhati-hati," katanya.

Ungku Hariz berkata, dia mengharapkan semua pihak terutama peminat supaya mendoakan yang terbaik buat Jihan dan kandungannya.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post