Tiket Konsert Bruno Mars Habis Kurang Sejam


Konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur akan diadakan pada 9 Mei 2018.

Berita sedih buat peminat di Malaysia apabila tiket konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur yang diadakan pada tahun hadapan sudah habis terjual.

Menerusi laporan The Star, tiket konsert yang berharga dari RM398 hingga RM888 yang mula dijual pada pukul 10 pagi telah habis dalam tempoh hanya 45 minit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam R. Para yang mewakili pihak penganjur konsert iaitu PR Woldwide berkata, dia terkejut dengan sambutan jualan tiket berkenaan.

"Kami menjangkakan tiket akan habis terjual dalam masa satu hari bukan dalam masa 45 minit. Ia adalah petunjuk yang baik untuk muzik dan industri konsert, ia akan memberi impak yang positif kepada industri pelancongan seperti hotel yang akan penuh dengan tempahan," katanya.

Malah, Pihak PR Worldwide juga telah mengeluaran kenyataan menerusi laman Facebook sebaik sahaja tiket habis terjual.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur pada Isnin.

"Tolong sentiasa melihat wwwprworldwidelive.com untuk sebarang pengumuman berkenaan dengan penambahan kapasiti yang kami akan tawarkan selepas berbincang dengan pihak produksi artis." tulis penganjur.

Dalam pada itu, R. Para juga memberi pesanan kepada peminat supaya tidak membeli tiket daripada ulat tiket.

"Untuk peminat yang tidak berjaya membeli tiket lagi, jangan membeli daripada ulat tiket atau laman sesawang yang bukan daripada pihak kami.

"Walaupun sebelum kaunter tiket dibuka, ada yang memberitahu mereka sudah mempunyai tiket yang palsu!" katanya.

Konsert jelajah yang diberi nama The Bruno Mars 24K Magic World Tour ini sedang berlangsung di Amerika Utara dan akan mula siri jelahan di negara Asia bermula Mei tahun hadapan.

Dua lokasi yang terpilih iaitu Manila, Filipina pada 3 Mei, manakala pada 9 Mei di Axiata Arena, Stadium Sukan Bukit Jalil.

Sementara itu, Bruno Mars juga akan membuat persembahan di Jepun selama dua hari pada bulan April tahun hadapan.

Konsert tersebut dibawa khas oleh PR Worldwide dan Live Nation.

Post a Comment

Previous Post Next Post