Program terbaru Selera Romantis yang bakal disiarkan di RTM buat pertama kalinya menyatukan pelakon Nabila Huda dan suaminya, Izwan Johar sebagai hos program.
Menariknya program yang menemui penonton mulai 15 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, jam 12.30 tengah hari di TV1 ini menjalani penggambaran nun jauh di lokasi indah, Australia.
Sepanjang 13 episod bersiaran, pasangan suami isteri ini berkongsi pengembaraan mencabar mereka menggunakan karavan sambil menyediakan makanan menggunakan bahan tempatan.
Antara lokasi yang dilawati termasuk Surfers Paradise dan Sanctuary Cove di Gold Cost; Logan Holmes dan Tamborine Mountain di Lemington; Linsmore; Nimbin; Byron Bay; Grafton; Coffs Harbour; Port Macquarie; Sydney dan berakhir di Bondi Beach.
Menariknya, pasangan romantis ini juga sempat mencuba dan menjalani pelbagai aktiviti daripada sukan lasak, pesta, sehinggalah mandi-manda di laut.
Bukan itu sahaja, mereka turut berganding bahu menyediakan menu istimewa yang boleh dicuba oleh penonton di rumah.