Pelakon Mon Ryanti, 29, selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta di Kota Kemuning, Shah Alam, semalam.
Bayi seberat 3.15 kilogram itu yang juga anak keduanya, dilahirkan secara normal pada jam 11.31 malam.
Mon Ryanti atau Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee lebih dulu berkongsi berita gembira itu menerusi status dimuat naik dalam laman Instagram (IG) miliknya.
Mon Ryanti melalui kiriman mesej aplikasi Watsapp memberitahu sangat syukur ke hadrat Yang Maha Esa yang mempermudahkan segala urusannya.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT, saya selamat melahirkan bayi kedua.
"Bayi dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik," katanya.
Pelakon drama #Assalammualaikum Cinta ini turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan dan kenalan yang banyaknmemberi sokongan dan mengirim doa buatnya.
"Terima kasih juga kepada suami tercinta, Mohd Hasrul Ali, 29, yang setia menemani di sisi," katanya.
Mon Ryanti dan Mohd Hasrul bernikah pada September 2014 dan mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Hayder Hayyan, 2.
Mon Ryanti pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan banyak membintangi filem iaitu Hantu Dalam Botol Kicap, Senario Beach Boy, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Nongkrong dan Jangan Pandang Belakang Congkak.