Kartunis Lengkuas meninggal dunia


Kartunis Lengkuas yang popular dengan karya 'Mat Despatch' dan 'Yob Peon' meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang hari ini.

Berita kematian itu disampaikan menerusi Facebook Bekazon.

"Kami baru dapat berita kartunis Lengkuas (Mat Despatch) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Allahyarham merupakan seorang yang berjasa pada industri komik tempatan dan sahabat yang tak pernah putus asa.

"Semoga arwah dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin," tulisnya.

Allayarharham Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Beliau mempunyai pengalaman berkarya selama lebih 30 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post