Penyanyi M Y Shamsudin meninggal dunia


Penyanyi tahun 60an, M Y Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, pada kira-kira jam 11 malam tadi akibat jangkitan paru-paru.

Isterinya, Fatimah Isa, 70, berkata, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lepas selepas mengalami sesak nafas.

Fatimah yang dihubungi Bernama hari ini berkata, Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lepas.

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.

Fatimah juga adalah pasangan duet Allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya ‘Salah Sangka’ dan ‘Dapat Kembali’.

Post a Comment

Previous Post Next Post