Filem Pulang kisah sebenar seorang kelasi kapal


Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1940-an ini menyediakan kisah menarik mengenai kelasi kapal daripada orang Melayu yang berkelana ke England.

Malangnya, bapa enggan pulang kerana malu dengan ibu. Jadi, saya terpaksa menipu ibu dengan mengatakan bapa sudah meninggal,” kongsinya mengenai filem yang turut dilakonkan oleh Puteri Aishah menerusi watak ibu Omar.

Filem yang turut menampilkan Juliana Evans, Akmal Ahmad dan Erwin Dawson itu dihasilkan berdasarkan inspirasi kisah benar seorang kelasi kapal yang ketika itu berpangkalan di Melaka.

Pulang menampilkan kisah tragis pada era berbeza. Selain pemerintahan British, Kabir turut memaparkan era penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Ia mengisahkan Tom yang berusia 80-an selalu bermimpi dan setiap kali terjaga akan mendapati cucunya Ahmad (Erwin) berada di sebelahnya.

Tom menyuruh Ahmad mencari datuknya tetapi masalah timbul kerana Ahmad tidak pernah mengenali Othman.

Tom menyuruh Ahmad bertanyakan bapanya Omar mengenai datuknya dan daripada situlah sedikit sebanyak maklumat berkenaan Othman diperoleh.


Remy Ishak dan Puteri Aishah memainkan peranan utama dalam filem ini.

Ada yang skeptikal dan menganggap filem berat yang mengangkat kisah sebenar pada zaman dahulu misalnya, tidak disuntik nilai komersial yang boleh menarik minat penonton.

Ironinya, filem-filem sebegitulah yang mampu meruntun jiwa penonton dan memberi jentikan kesedaran bagi penonton yang selama ini disogok dengan filem-filem ringan dan ada antaranya kosong pengisiannya.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini, kebanyakan penonton semakin terbuka dan bijak memilih karya-karya bagus untuk ditonton dan Ola Bola adalah contoh filem ramuan terbaik.

Tidak keterlaluan, filem terbaharu yang diangkat daripada kisah sebenar yang berlaku pada tahun 1940-an dalam Pulang pula bakal mengulangi sejarah serupa.

Tambahan pula, ia digarap kemas di tangan pengarah popular, Kabir Bhatia.

Bukan itu sahaja, seperkara lagi yang menarik perhatian tentang karya itu adalah kisah kelasi kapal yang menjadi subjek filem berkenaan.

Kelasi Melayu pada 1940-an memang dikehendaki syarikat perkapalan besar di seluruh dunia.

Malah, orang Melayu ketika itu dikatakan kuat bekerja dan jarang menimbulkan masalah yang besar.

Maka, ada dalam kalangan mereka yang berjaya pulang dan ada yang tidak.

Azrel teruja dipilih Kabir

Menurut salah seorang pelakon utamanya, Azrel Ismail, idea asal filem Pulang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar yang mana ia diadaptasi daripada kisah benar.


Jurukamera mengambil sudut terbaik bagi memastikan filem Pulang mendapat sentuhan sewajarnya.

“Namun, pada masa sama filem ini dimasukkan unsur dramatik. Apa yang lebih menarik apabila Kabir menjadikan Pulang sebuah filem yang sempurna dengan mencipta set seolah-olah berada di Liverpool, England,” ulas Azrel ketika dihubungi Sensasi Bintang.

Azrel juga berasa bersyukur dan teruja kerana dipilih pengarah yang pernah menghasilkan filem Nur Kasih itu untuk melakonkan watak Omar iaitu anak kepada Othman, lakonan Remy Ishak.

“Semua pelakon melalui sesi uji bakat bersama Kabir untuk memilih pelakon yang sesuai melakonkan watak masing-masing. Alhamdulillah, saya terpilih menerajui watak sebagai anak Remy,” ujarnya yang sememangnya mengimpikan berlakon di bawah arahan Kabir yang dianggapnya sebagai pengarah versatil itu.

Malah, pengalaman berlakon sebagai anak Remy juga memberi kepuasan berbeza buat Azrel yang sememangnya mengimpikan berlakon di samping hero Malaya tersebut.

“Saya sangat teruja dapat berlakon di samping Remy. Banyak perkara saya belajar dengan dia dan juga pelakon serta kru produksi yang terlibat,” katanya.

Berkongsi mengenai jalan cerita Pulang dan watak yang disandangnya, kata Azrel, dia melakonkan era kedua yang mana ketika itu Othman dan isterinya Tom, lakonan Puteri Aishah sudah tua.

Era berbeza

“Selepas Othman menjadi kelasi kapal dan belayar ke England, dia terputus hubungan dengan keluarganya. Ibu menyuruh mencari bapa di Liverpool dan akhirnya saya bertemunya di sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post