Dayang Nurfaizah, Biarlah apa nak kata


Penyanyi popular Dayang Nurfaizah tidak mahu ambil pusing berkenaan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan lagu tema sukan SEA KL2017 berjudul Bangkit Bersama tidak memberikan impak.

Dayang, 36, berkata apa yang penting dia sudah memberikan persembahan terbaik menerusi lagu ciptaan Datuk Ramli MS itu.

"Bagi saya setiap orang ada pandangan tersendiri. Memang ada yang suka dan tidak, tetapi saya tak nak menjadikan ia satu masalah besar. Sebagai penyanyi saya sudah beri yang terbaik.

"Dalam perkara ini saya terima setiap komen dan kritikan. Saya tak boleh kata saya seorang saja yang betul. Kalau ada yang menganggap lagu ini tidak membangkitkan semangat, saya terima," katanya kepada Harian Metro.

Dayang yang kini muncul dengan single Separuh Mati Ku Bercinta berkata dia tidak mahu terlalu selesa dengan pujian semata-mata.


Dayang Nurfaizah - Bangkit Bersama

"Saya tak nak melatah dengan komen diberikan. Kalau semua beri komen bagus, nanti saya berasa selesa pula. Bagi saya perlu ada teguran bagi menambahbaik sesuatu perkara," katanya.

Pun begitu, Dayang tetap muluahkan rasa bangga apabila dipilih menyanyikan lagu tema temasya dwi tahunan itu.

Bagi Dayang, peluang diberikan itu datang sekali seumur hidup dan menganggap satu tanggungjawab besar kepada negara.

"Lagu ini berbeza daripada kebanyakan lagu saya sebelum ini. Secara peribadi lagu ini beri semangat kepada atlet negara dan seluruh rakyat Malaysia. Justeru peluang diberikan ini sesuatu yang sangat berharga.

"Ia juga satu tanggungjawab buat saya kerana perlu menyampaikan mesej lagu kepada orang ramai. Pendek kata ia satu penghargaan tertinggi secara peribadi dan kerjaya saya," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post