Amboi Fasha Sandha bawa siapa tu?


Gambar yang dimuat naik oleh Fasha Sandha di laman Instagramnya baru-baru ini bersama seorang lelaki mengundang reaksi daripada peminat yang rata-ratanya mengusik aktres itu agar cepat bertemu kebahagiaan.

Hujung minggu lalu, memang banyak undangan kahwin yang Mizz Lahar terima tidak kira rakan-rakan di ibu kota mahupun di kampung halaman. Tapi, tidak semuanya dapat Mizz Lahar penuhi sebab kalau majlisnya jauh-jauh, sukar juga mahu pergi.

Bercakap soal majlis kahwin, teringat pula Mizz Lahar dengan resepsi pelakon jelita Ummi Nazeera dan suaminya, Izzar yang diadakan secara meriah pada malam Sabtu lalu. Sama cantik sama padan bak putera dan puteri raja umpamanya. Tapi, selain daripada kemeriahan majlis tersebut, ada satu cerita daripada seorang rakan yang hinggap mesra telinga Mizz Lahar berkenaan pelakon Fasha Sandha yang hadir ke resepsi tersebut bersama seorang lelaki misteri. Wah, menarik betul cerita ini!

Iyalah, sebelum ini Fasha sendiri pun ada berkata bahawa dia kini sedang berkawan dengan seorang lelaki. Tapi, sekadar berkawan lah katanya bukan tahap bercinta lagi. Tup tup, pada malam tersebut dia hadir bersama lelaki yang tidak diketahui identiti itu ke majlis berkenaan. Kata rakan Mizz Lahar itu lagi, Fasha dan lelaki kacak tersebut kelihatan mesra sepanjang majlis.

Manakan tidak, Fasha juga dilihat semakin terbuka apabila memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagramnya.

Amboi, bunga cinta semakin berkembang nampak! Apa yang lucunya, sejurus Fasha berkongsi gambar berkenaan, peminatlah yang paling teruja apabila pantas meninggalkan komen berbaur usikan selain mendoakan pasangan itu berbahagia.

Nampaknya, peminat juga tidak sabar untuk mendengar perkembangan terkini berkenaan hubungan Fasha dan lelaki itu jika benarlah dia jejaka yang sedang rapat dengan aktres tersebut pada ketika ini.

Walaupun Fasha hanya menjawab pertanyaan dengan mengatakan lelaki tersebut hanya sebagai temannya sahaja, Mizz Lahar turut mendoakan agar Fasha bertemu kebahagiaan dalam hidup.

Mizz Lahar: Tiba-tiba teringin nak makan nasi minyak pula.

Post a Comment

Previous Post Next Post