Hawa Rizwana dan Mas Zharif bakal bersiaran pada 1 September depan.
Wanita yang menjadi tular gara-gara wajah seiras aktres popular Neelofa iaitu Hawa Rizwana bakal menjadi penyampai berita TV9 bermula 1 September depan.
Hawa, 22, berkata, tawaran tersebut diterima daripada pihak Media Prima selepas selesai menamatkan latihan industri selama empat bulan di program Wanita Hari Ini.
"Alhamdulillah, sebenarnya pihak Berita TV9 meminta saya hantar resume ketika saya masih lagi pratikal sebagai wartawan penyiaran di TV3.
"Selepas tamat praktikal saya ditawarkan untuk menjalani latihan sebagai pembaca berita bermula awal Julai lalu," ujarnya kepada mStar Online.
Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan dua pembaca berita baharu Berita TV9 yang diadakan di Sri Pentas, di sini, Khamis.
Selain Hawa, anak Allahyarham personaliti TV3 Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri turut diumum sebagai pembaca berita baharu.
Dalam pada itu, Hawa berkata, pemilihan dirinya sebagai personaliti baharu Berita TV9 bukan disebabkan wajahnya yang menjadi perhatian netizen.
Hawa dan Mas Zharif bersama Eksekutif Editor Berita TV9, Wan Sabariah.
Sebaliknya, pihak stesen televisyen mengenal pasti kriteria yang bersesuaian untuk memeggang tanggungjawab berkenaan.
"Saya jadi perhatian kerana seiras Neelofa baru-baru ini sahaja ketika itu saya sudah memulakan latihan baca berita," ujarnya.
Sementara itu, diminta komen tentang berita tular itu, Hawa berkata ia satu penghargaan buat dirinya apabila dikaitkan dengan wanita yang kini berjaya mencipta nama di peringkat dunia.
Katanya, dia sendiri masih belum berpeluang untuk bertemu dengan pelakon dan pengacara popular itu.
"Saya terkejut bila ia menjadi tular minggu lalu. Saya tidak bangga disamakan dengan wanita hebat itu.
"Saya sendiri sangat menggagumi dia sebagai seorang wanita yang tersenarai antara wanita berjaya di Asia," ujarnya.
Hawa merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sementara itu, Eksekutif Editor Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, Hawa dipilih berdasarkan bakat dan kriteria yang ada sebagai seorang pembaca berita.
"Dia diambil menyertai Berita TV9 bukan kerana wajahnya seiras Neelofa tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi seorang pembaca berita.
"Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran. Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik," ujarnya.
mmg sebijik sama dgn neelofa
ReplyDelete