Ansel Elgort suka makan durian


BINTANG filem Baby Driver, Ansel Elgort, 23, memuji keenakan durian selepas kali pertama mencubanya ketika mengunjungi ibu kota bagi mempromosikan filem lakonannya itu.

"Saya suka rasa durian dan terkejut apabila diberitahu terdapat perbahasan sama ada ia adalah buah atau bukan.

"Selain itu, saya juga suka nangka dan sangat seronok berada di sini (Malaysia),€ katanya pada sidang media Baby Driver yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, pagi tadi.

Turut hadir sama pelakon Lily James dan pengarah Edgar Wright. Elgort yang juga penyanyi tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu dan mengambil peluang berkunjung ke Batu Caves dan Pasar Sentral.

Dia turut berkongsi beberapa gambar di lokasi berkenaan di Instagram.

Sementara itu, Wright berkata dia dan Lily belum berkesempatan menjamah durian kerana tiba di ibu kota jam 10 malam tadi.

"Sejak sampai, kami hanya berada di hotel dan berasa tidak sabar untuk mencuba masakan tempatan,€ katanya.

Pada sebelah petang selepas sidang media, dua pelakon berkenaan dan Wright akan menghadiri majlis karpet merah sempena tayangan perdana Baby Driver di Pavilion Kuala Lumpur.

Dalam filem itu, Elgort membawa watak sebagai Baby, pencinta muzik dan pemandu handal yang berkhidmat untuk ketua perompak misteri bernama Doc.

Bakal menemui penonton Khamis ini, Baby Driver turut dibintangi Kevin Spacey, Jamie Foxx, Jon Hamm, Eiza Gonzalez dan penyanyi Flea.

Post a Comment

Previous Post Next Post