Fauziah Ahmad Daud, Saya maafkan dia


OGY terkilan kerana ada pihak yang mencemari bulan Ramadan dengan melontarkan fitnah kepada dirinya.

Minggu ini, termometer hiburan hangat dengan kisah aktres Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang dihina menerusi komen daripada seorang netizen di laman Instagram.

Netizen yang menggunakan akaun palsu atas nama Ezaieyda itu menulis komen ‘Kalau boleh elakkan daripada makan air tangan artis. Masa muda mengangkang sana sini, bila tua sudah tidak ada punca pendapatan mula lah berjualan. Sambal bodoh letak nama legend. Air tangan itu jangan lah bagi anak-anak makan’.

Ia merujuk pada perniagaan Sambal Goreng Saadiah yang sedang diusahakan Ogy ketika ini.

Sedih dan kecewa dengan komen tersebut, aktres berusia 55 tahun itu memuat naik paparan skrin komen netizen itu ke laman Instagramnya. Ternyata komen menghina oleh Ezaieyda itu meraih perhatian ramai golongan selebriti dan juga pengikut Ogy yang tidak puas hati dengan tuduhan tersebut.

Antara selebriti yang melayangkan komen di Instagram Ogy ialah Azza Elite, penerbit Sheila Rusly, Jojie Aminuddin (kakak Ella), Adibah Noor dan Fauziah Nawi.

“Sebenarnya banyak lagi komen pedas yang diterima selama ini, tetapi saya abaikan sahaja. Namun, komen yang satu ini membuatkan saya cukup terkejut.

“Saya rasa sangat terhina dengan perkataan ‘mengangkang’ yang dilabel pada golongan artis. Apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila keluarga saya daripada ibu sehingga bapa memang orang seni. Maka, secara tidak langsung dia juga menghina arwah mereka,” ujar anak kepada seniman Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, Saadiah itu dalam nada kesal ketika dihubungi Sensasi Bintang.

Lebih membuatkan dia berasa tersayat hati apabila komen tersebut ditulis pada bulan Ramadan dan ada juga netizen yang memberi maklum balas tindakan Ezaieyda itu dibuat kerana kelantangan mulut aktres filem Azura itu.

“Ada yang kata sebab mulut saya laser, ramai tidak puas hati. Saya lantang berdasarkan kebenaran, malah ia sama sekali tiada kaitan langsung dengan komen menghina yang ditulis. Apa kaitannya mulut lantang dengan menuduh kami golongan artis semasa muda ‘mengangkang’?” bidas Ogy.


PAPARAN imej Instagram Ezaieyda yang menghina dan balasan Ogy terhadap cercaan tersebut.

Biar banyak media menghubungi Ogy dan bertanyakan isu yang sama, namun Ogy tetap tenang memberi jawapan sama. Perkara itu menunjukkan betapa berkalibernya seorang artis senior sepertinya.

Malah, mengambil keberkatan pada bulan Ramadan, Ogy memberitahu, dia sudah memaafkan netizen tersebut.

“Saya sudah melihat akaunnya dan ia merupakan akaun palsu yang diada-adakan untuk menulis komen sedemikian.

“Saya tidak tahu siapakah dia, namun saya maafkannya. Saya ambil pendekatan sedangkan Allah ampunkan manusia, inikan pula saya hambaNya,” luahnya.

Ditebak bagaimanakah perniagaan Sambal Goreng Saadiah selepas isu tersebut, Ogy mengakui cukup terkejut dengan sambutan hangat daripada peminat. Malah, dia juga akan ke Sabah dalam masa terdekat bagi mempromosikan perniagaannya itu.

“Alhamdulillah, ramai yang menghubungi saya untuk menjadi ejen Sambal Goreng Saadiah. Malah, saya juga merancang untuk memasarkan produk itu ke luar negara. Insya-Allah,” ujarnya seraya menutup bicara.

1 Comments

  1. my partner and I have been trying for a baby for over two years now, We were going to a fertility clinic for about 5 months before somebody at baby center told us to contact this spell caster who is so powerful, We contacted him at this email; babaka.wolf@gmail.com or Facebook at priest.babaka , for him to help us, then we told him our problem, he told us that we will conceive once we follow his instructions ,but after two years of trying we were at a point where we were willing to try anything. And I'm glad we came to Priest Babaka, Because his pregnancy spell cast and herbal remedy help us, and I honestly believe him, and his gods really helped us as well, I am thankful for all he has done. contact him via email: babaka.wolf@gmail.com or Facebook at priest.babaka if you are trying to have a baby or want your lover back. he has powers to do it, he has done mine















    my partner and I have been trying for a baby for over two years now, We were going to a fertility clinic for about 5 months before somebody at baby center told us to contact this spell caster who is so powerful, We contacted him at this email; babaka.wolf@gmail.com or Facebook at priest.babaka , for him to help us, then we told him our problem, he told us that we will conceive once we follow his instructions ,but after two years of trying we were at a point where we were willing to try anything. And I'm glad we came to Priest Babaka, Because his pregnancy spell cast and herbal remedy help us, and I honestly believe him, and his gods really helped us as well, I am thankful for all he has done. contact him via email: babaka.wolf@gmail.com or Facebook at priest.babaka if you are trying to have a baby or want your lover back. he has powers to do it, he has done mine

    ReplyDelete
Previous Post Next Post