Saharul Ridzwan mengucup dahi isterinya sebagai tanda kasih selepas melahirkan anak pertama mereka.
BERKACA pula mata membaca luahan pelakon Saharul Ridzwan terhadap isterinya, Qaabila Deena Amir yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada Selasa.
Dalam posting di Instagram yang dimuat naik Saharul lewat malam semalam ramai yang sayu membaca kata-kata penghargaan dibuat pelakon itu terhadap isterinya.
Antara paling meninggalkan kesan apabila Saharul memberitahu dia tidak dapat membalas pengorbanan dan jasa Deena yang telah melahirkan zuriat mereka.
Ucapan I love you yang ditinggalkan juga cukup manis. Bertuah Deena.
Pasangan ini berkahwin pada 16 September tahun lalu.
"Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai isteriku. Saya ada bersama awak dalam berjihad bertarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita.
"Tak terbalas pengorbanan awak, terima kasih kerana menjadi seorang yang fahami diri saya.
"I love you so much sayang @deenaamir dan welcome baby kesayangan, semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Amin," tulisnya.
Saharul turut memuat naik gambar dia mendukung anaknya sambil mengucup dahi isterinya.
Pasangan bahagia, Saharul dan Deena.
Bertuah badan dapat suami yang benar-benar menghargai isterinya macam Saharul Ridzwan ini.
Hanya wanita sahaja yang tahu betapa besar ujian mengandungkan anak sehinggalah proses melahirkan bayi.
Terdahulu Saharul, 28, memaklumkan Deena selamat melahirkan bayi lelaki namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kelahiran itu.
"Syukur. Tak payah kapsyen panjang buat masa sekarang ini. Saya nak layan detik paling best ini dulu.
"Terima kasih semua. Baby boy Baba dah panggil dah," tulisnya.
Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena pada 16 September tahun lalu.