Salman Khan belanja besar pengawalnya


Salman dan Shera.

PELAKON Salman Khan dilaporkan membuat kejutan kepada para pengawalnya sewaktu pelancaran lagu berjudul Radio di Dubai baru-baru ini dengan menanggung perbelanjaan membeli-belah mereka.

Menurut laporan portal Masala.com, aktor berusia 52 tahun itu membenarkan para pengawalnya untuk membeli apa sahaja yang mereka inginkan dan kesemuanya ditanggung sepenuhnya oleh beliau.

Bagaimanapun, tiada laporan yang mendedahkan jumlah sebenar pengawal peribadinya itu.

Bukan itu sahaja, Salman juga dilaporkan turut memberi ganjaran dengan memberikan kenaikan gaji kepada para pekerjanya pada tahun ini.

Antara pengawal peribadinya yang turut menerima imbuhan tersebut ialah Shera yang setia berkhidmat dengannya hampir dua dekad.

Shera merupakan pengawal peribadinya yang sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan karier pelakon filem Tubelight itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post