Fasha Sandha & Nora Danish Saling Sindir-Menyindir, Apa Puncanya?


Laman sosial Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi perhatian.

Sejak petang semalam netizen di laman sosial heboh memperkatakan kononnya pelakon Fasha Sandha dihalang daripada menghadiri sebuah majlis anjuran sebuah syarikat pengedar fabrik terkenal.

Biarpun pelakon drama Lara Aishah itu tidak mendedahkan siapakah individu dimaksudkan, netizen jelas dapat meneka sindiran yang ditulis Fasha dalam laman sosialnya ditujukan kepada aktres Nora Danish berdasarkan kepada beberapa hashtag yang ada kaitan dengan aktres itu.

Dalam foto dan status laman Instagram Fasha petang Khamis, aktres jelita itu terus menyindir seorang pelakon wanita yang dianggap masih tidak berpuas hati dan cemburu dengan kehidupan yang dilaluinya.

s bahawa dia sedang memikirkan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap sindiran yang ditujukan kepadanya.

Nora juga menulis dia tidak pandai untuk membalas sesuatu perkara di media sosial, namun tidak bermakna dia bersalah.

"Saya tak reti nak balas di media sosial. Adakah itu menjadikan saya orang yang bersalah.

"Penatnya jadi saya, tak habis habis dicaci maki, kadang-kadang bukan puncanya dari saya pun.

"Ya Allah, kau tenangkanlah hati kami, agar tindakan kami mengikut akal bukan hati. Amin.

"Bila diam orang kata betul, bila balas orang kata sama level. Now I'm just following my heart," tulisnya.

media selepas majlis pertunjukkan fesyen Gaya Raya KL Fashion Week 2017, malam Jumaat.

Insiden ini dipercayai berpunca daripada keputusan Fasha memenuhi undangan rakannya ke sebuah majlis, namun dihalang oleh pihak penganjur dengan alasan Nora turut terlibat dalam majlis yang sama.

Kedua-dua mereka menjadikan media sosial sebagai medium 'berperang' namun tidak menyebut individu manakah yang dimaksudkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post