PELAKON Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin mengumumkan tarikh pernikahan beliau menerusi laman Instagram miliknya, semalam.
Menurut Ummi, majlis akad nikah akan diadakan pada awal Ogos manakala majlis resepsi pula akan diadakan dua kali.
"Dengan izin ALLAH SWT, majlis ijab dan kabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3 Ogos di mana ia akan diadakan secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.
"Majlis resepsi pula akan diadakan sebanyak dua kali iaitu 5 Ogos dan 12 Ogos, kad jemputan akan mula diedarkan pada Jun nanti," tulisnya.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 11 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan tertutup setelah diperkenalkan oleh ahli keluarga masing-masing.
Tambah Ummi lagi, dia mengharapkan agar majlisnya akan berjalan dengan lancar.
"Ummi berdoa agar semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dimudahkan," tulisnya lagi.