Stacy & Akim tayang wajah anak buat kali pertama


GAMBAR Eshaal Afiq Akim yang dikongsi oleh ibu bapanya di laman sosial.

Pasangan penyanyi, Stacy dan Akim Ahmad, buat julung kali berkongsi wajah anak perempuan sulung mereka, Eshaal Afiq Akim, di laman Instagram, sebentar tadi.

Bermula dengan Stacy yang memuat naik gambar puteri kesayangan mereka ke laman sosial terbabit, kira-kira sejam yang lalu, ia kemudian dikongsi pula oleh suaminya "Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya.

Sekarang ini, Eshaal kuat minum susu dan tidur saja kerana nak besar seperti Beyya (panggilan manja untuk anak angkat Akim dan Stacy, Bella).

"Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami," kata Stacy.

Bintang kelahiran program Akademi Fantasia itu mengakui, kehadiran bayi perempuan berkenaan menambahkan lagi seri dalam kehidupan mereka.


PASANGAN penyanyi, Akim dan Stacy.

"Celik mata, anak dulu yang difikirkan. Alhamdulillah, ia nikmat indah buat saya untuk menjadi ibu kepada dua anak," katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, gambar Eshaal yang dikongsi ibunya itu sudah pun mendapat lebih 22,000 'like'.

Pasangan popular itu juga turut membuka akaun Instagram khusus untuk si kecil terbabit menggunakan nama @eshaal_1717 yang kini diikuti oleh lebih 2,000 orang. Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Februari lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, yang kini berusia lima tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post