Nabila Razali, Video Muzik Muncul Selepas Setahun Hasilkan Single


Muzik video pertama Nabila turut menampilkan rakan artis iaitu Hael Husaini dan Indah Ruhaila.

Selepas setahun single kedua berjudul Cemburu berada di pasaran, penyanyi Nabila Razali akhirnya muncul dengan sebuah video muzik yang turut menampil beberapa rakan artis.

Menurut Nabila, 25, dia memilih untuk menghasilkan muzik video berkonsep santai sesuai dengan lagu berkenaan yang berentak pop.


Nabila Razali mula melebarkan sayap dalam bidang lakonan.

"Selepas setahun lagu itu dilancarkan dan mendapat sambutan, pihak syarikat rakaman Seventeen Eleven Music bersetuju untuk menerbitkan sebuah muzik video.

"Saya memilih konsep muzik video yang ceria dan ringan selain mahu melibatkan sahabat-sahabat baik iaitu Hael Husaini dan Indah Ruhaila," katanya.

Muzik video Cemburu berdurasi kira-kira tiga minit itu mula dimuat naik di laman YouTube pada 7 April lalu.

Selepas lima hari, video berkenaan telah ditonton lebih 200,000 pengguna.

"Pada awalnya saya ragu-ragu dan merasakan seperti sudah terlewat kerana lagu itu sudah lama dimainkan di radio.

"Namun saya tak menyangka selepas dua hari dilancarkan, ia sudah mencecah 100,000 tontonan dan menjadi trending di YouTube Malaysia dan saya bersyukur kebanyakan komen yang ditinggalkan di muzik video itu adalah positif," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati bersama penyanyi Alif Satar.
Drama 16 episod itu akan ditayangkan di Astro Ria bermula 24 April depan.



Post a Comment

Previous Post Next Post