BERMULA dengan ‘Smule’ dan akhirnya disunting menjadi penyanyi, Khai Bahar kini sudah menghasilkan dua single iaitu Bayang dan Dari Jauh Saja.
Dia yang berada di pintu populariti kini mula diintai produser untuk berlakon.
Bagaimanapun, dalam keterujaan itu, Khai merasakan tawaran itu bukan masa yang sesuai memandangkan jadualnya yang padat, termasuk beberapa projek khas yang menantinya dalam masa terdekat.
Dia juga kini masih dalam rangka promosi single keduanya, Dari Jauh Saja dan dalam proses menyiapkan single ketiganya pula.
“Saya akui ada terima tawaran berlakon dan ini sesuatu yang baru buat saya. Tapi buat masa ini, lebih baik untuk saya tumpukan kepada bidang nyanyian terlebih dahulu dan mungkin akan fikirkan semula apabila bersedia nanti.
“Sekarang ini agak sibuk sebab tengah rekod lagu raya, yang mana lagu lama akan dinyanyikan kembali dan ada juga lagu baru. Selepas raya mungkin saya akan keluarkan single ketiga iaitu ‘Luluh’ pula,” katanya.
Khai Bahar juga mula berjinak-jinak dengan bisnes dan akan berkolaborasi dengan Rises mengeluarkan pewangi, Khai Bahar Limited Edition yang dijangka dilancarkan pada 3 Mei depan.
Ketika ditanya tentang saingan daripada artis baru yang mula dikenali dengan media sosial yang semakin ramai, Khai ternyata gembira dengan kehadiran mereka kerana muka-muka baru ini diberi peluang untuk mengembangkan bakat mereka.
“Saya juga artis baru dan bermula seperti mereka, jadi saya tahu bagaimana perasaannya. Sebab itu saya gembira melihat semakin ramai yang ke depan dan diberi perhatian. Ia saingan sihat dan saya harapkan kami terus diberikan peluang untuk terus berada dan diterima dalam bidang ini,” katanya.