Kesan ubat buat Julia Perez sering berhalusinasi


PENYANYI dangdut Indonesia, Julia Perez sering mengalami halusinasi rentetan daripada kesan pengambilan ubat sampingan yang diambilnya.

Julia Perez yang disahkan menghadapi kanser perlu mengambil ubat sampingan bagi mengurangkan beban kesakitan yang dialaminya.

"Salah satu cara untuk membuatnya tenang daripada rasa sakit adalah dengan memberinya ubat tidur. Dan hal ini cukup memberi kesan iaitu telah menyebabkan beliau berhalusinasi," ujar rakanya Ruben petik laporan media tempatan Indonesia.

Sebelum ini, Julia Perez telah disahkan menghidap penyakit barah pangkal rahim tahap empat.

Rentetan daripada itu, berat badannya semakin menurun dan perlu melakukan kimoterapi bagi mengubati penyakitnya itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post