Mel B tuntut cerai


MEL B dan suaminya Stephen Belafonte.

PENYANYI dan pelakon Mel B memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Stephen Belafonte selepas hampir 10 mendirikan rumah tangga

Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown memberi alasan, sudah tiada persefahaman dengan Belafonte, namun bersetuju untuk berkongsi hak penjagaan anak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada Jun 2007 di Las Vegas selepas lima bulan bercinta. Selepas tiga tahun berkahwin, mereka menimang seorang cahaya mata perempuan, Madison Belafonte, 6.

Mengikut laporan, anggota kumpulan Spice Girls itu memfailkan permohonan cerai pada 28 Disember tahun lalu.

Perkara itu mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini hubungan mereka dilihat dalam keadaan baik apabila Mel B meraikan ulang tahun kelahiran Stephen pada Februari lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post