Glenn Fredly mahu pelajaran sejarah dalam muzik


SEJAK bergerak bawah label sendiri iaitu Musik Bagus, penyanyi Glenn Fredly giat melakukan perubahan terhadap landskap muziknya dengan menyuntik nilai sejarah pada setiap karya dan persembahan yang dijayakan.

Penyanyi berusia 42 tahun itu berkata, perubahan tersebut diyakini dapat menjadikan komposisi muzik lantunannya kedengaran lebih bermakna.

“Saya mempunyai pengalaman selama 17 tahun bersama label muzik gergasi dan secara tidak langsung, banyak perkara tentang pembikinan karya berkualiti telah dipelajari.

“Muzik yang bagus tidak hanya berdiri sebagai sebuah medium persembahan tanpa ada bicara sejarah. Segalanya perlu ada sinergi,” ujar Glenn seperti yang dipetik menerusi portal hiburan Bintang baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post