Anak kedua Azharina Azhar meninggal dunia


Allahyarham Rizkie Azharin Azhar Abdullah-Foto IG Azharina.

ANAK angkat kedua kepada penyanyi Azharina Azhar,32, Rizkie Azharin Azhar Abdullah dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10:30 pagi tadi.

Azharina dalam satu kenyataan di Instagramnya memaklumkan, jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini.

"Dari DIA kita datang pada DIA kita pulang...Al-Fatihah, semoga ALLAH mencucuri rahmat atas rohnya," tulis Azharina.

Difahamkan Allahyarham Rezkie Azharin Azhar meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Rizkie Azharin Azhar Abdullah berada dalam keadaan nazak dan telah ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).



"Paru-paru dah penuh susu, pendarahan otak , buah pinggang kiri kanan sudah rosak , darah dia menunjukkan asid yang tidak menentu untuk hidup.

“Semasa saya bawa ke hospital selepas konsert dia masih boleh bernafas. Sekarang hanya bergantung 100 peratus pada mesin oksigen, jantung juga di pam,” tulis Azalina.

Al-Fatihah.

Post a Comment

Previous Post Next Post