Aliff Aziz tidak sabar menanti kelahiran anak pertama


Aliff Aziz tidak sabar menanti detik kelahiran anak pertamanya bersama isteri tercinta.

KELAHIRAN anak pertama tentu menjadi memori indah yang tidak mungkin dilupakan dalam perkahwinan.

Begitu juga yang dirasakan oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 26, dan pasangannya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23, yang kini sedang menanti detik kelahiran anak pertama mereka.

Aliff Aziz memuat naik gambarnya bersama isterinya dan menulis kata-kata perhargaan buat wanita tersebut.

"Kepada bakal ibu anak kami, saya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang cantik dan dalam beberapa bulan lagi ahli keluarga kami akan bertambah.

"Membesar dengan baik anakku, ibu dan ayah menanti kelahiranmu," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu di Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam dan majlis resepsi diadakan pada sebelah malamnya dalam suasana yang cukup meriah di Top Glove Tower, Setia Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post