Rencah dunia Daphne Iking


MUNGKIN ramai merindui kelibat pengacara, Daphne Iking di dalam program bual bicara, Bella di saluran NTV7.

Kepetahannya bercakap mengenai pelbagai isu membuatkan ramai meminati Bella.

Ia sekali gus membuatkan penonton bertambah kerana mahu melihat Daphne berbicara dengan mana-mana individu jemputan.

Namun, jodohnya dengan Bella hanya bertahan beberapa tahun sahaja apabila dia mengambil keputusan meninggalkan program tersebut.

Sejak meninggalkan program itu penampilan selebriti kelahiran Sabah ini di kaca televisyen semakin berkurang, membuatkan peminat merinduinya.

Ternyata, Daphne juga mengakui masih rindu bergelar pengacara memandangkan ia adalah minatnya sejak memulakan tugas kira-kira 15 tahun lalu.

“There is the adrenaline rush of hosting on television that will forever excite me. Alhamdulillah, I still get requests to host programs even if it’s for a short guest appearance or one season of the show.

“But sadly, there are not many English programs right now. So, I have ventured into Malay language programs too and it’s a new venture for me,” katanya ketika ditemu bual, baru-baru ini.

Lantas, Daphine dan suaminya, Azmi Abdul Rahman menubuhkan syarikat yang dinamakan BigIDIA, dua tahun lalu bagi menerokai dunia perniagaan.

Menurut Daphine, BigIDIA memberikan khidmat nasihat dalam bidang perhubungan awam dan media kepada syarikat swasta.

“Sebelum ini, saya sering diundang untuk memberikan talk mengenai PR, grooming dan juga Media Handling. Melihat perihal ini, saya membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat yang memberikan khidmat dalam tiga perkara ini.

“Selain BigIDIA, saya juga mempunyai syarikat produksi yang membuat video korporat dan online show,” kata pelakon filem My Spy itu.

Daphne kini dilihat agak obses melakukan vlogging, iaitu menerbitkan video mengenai kehidupan sehariannya bersama keluarganya. Kesemua video tersebut di muat naik ke laman Youtube di bawah saluran Daphne Iking.

Minat vlogging itu lahir kira-kira setahun lalu dengan tujuan untuk mempraktikkan semula ilmu menerbit dan mengedit video yang dipelajarinya semasa bekerja di Media Prima.

“In this video, it’s a platform for me to do showcase issues that were close to my heart such as woman, environment and traffic issues.

“It’s quite shock that many people watch my video. My viewers quite often saying how much they love it and give me advice on questions I ask in my vlog.

“My vlog is slowly gaining viewers, tidak kira daripada penonton tempatan mahu pun luar negara,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post