Sandra Dewi alami gejala hamil


Sebulan lebih bernikah, pelakon Sandra Dewi dikatakan sudah menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Biarpun begitu, aktres berusia 33 tahun itu enggan membuat ujian kehamilan menggunakan pek ujian.

“Saya sengaja tidak mahu melakukan ujian kehamilan sendiri. Jika mahu tahu sama ada hamil atau tidak saya akan terus pergi berjumpa dengan doktor.

“Mahu ada unsur kejutan, biarlah tahu selepas sudah kelihatan jelas sahaja,” katanya seperti dilapor portal Cumicumi.com.

Dalam pada itu, kata Sandra, walaupun sudah berbadan dua, dia tetap mahu bergiat aktif beraksi di hadapan kamera.

“Saya memang tidak boleh duduk sahaja di rumah.

“Jadi, perlu terus bekerja,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post