Mr. Donat Karamel popularkan Azira Shafinaz


PELAKON dan penyanyi berusia 25 tahun ini sedar wajah dan namanya kurang dikenali sebelum membintangi drama Mr. Donat Karamel.

Seperti hamparan pasir yang berubah kedudukannya tatkala dipukul ombak, populariti dikecapi seseorang artis juga ada pasang dan surutnya. Dikenali atau tidak, diminati atau dibenci, itu antara episod yang akan dilalui golongan artis.

Maka, bila nama Azira Shafinaz tiba-tiba disebut selepas berlakon dalam drama Mr. Donat Karamel, ramai yang tiba-tiba menelusuri portfolio pelakon berusia 25 tahun itu.

“Memang saya tidak nafikan ramai yang mengenali saya selepas berlakon dalam drama itu. Alhamdulillah, saya juga dapat banyak tawaran berlakon selepas membintangi drama terbitan JS Pictures itu,” ujarnya mengenai drama lakonannya di samping Hafidz Roshdi yang baru sahaja melabuhkan tirainya di slot Lestary TV3.

Ironinya, langkah Azira di bidang seni sudah bermula menerusi pengalaman bertahun-tahun dalam dunia tarian. Bahkan, dia juga sering mengiringi penyanyi yang membuat persembahan di pentas.

Bersama dua lagi rakannya iaitu Sophia dan Manggis, mereka menubuhkan kumpulan hip hop yang dikenali sebagai De Fam dan lagu #Supergirls menjadi penanda aras terbaik kepada perjalanan seni Azira.

Cuma, dia sedar namanya kurang menyapa telinga khalayak berbanding nama kumpulan De Fam yang berjaya memenangi anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM), Ahad lalu.

Meraih banyak tawaran berlakon, itu tidak bermakna Azira mengetepikan bidang nyanyian. Dia juga bersyukur kerana dua lagi rakan De Fam sentiasa menyokong minat keduanya itu.

“Tidak timbul soal bergaduh atau bermasalah bila saya aktif berlakon kerana Sophia dan Manggis sangat memahami karier lakonan saya. Mereka juga tahu saya sangat minat berlakon. Malah, dalam drama Mr. Donat Karamel, Sofia dan Manggis juga terlibat dalam beberapa babak,” ujarnya mengenai De Fam yang bakal muncul dengan single ketiga dan album mini pada tahun depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post