Hyun Bin, Kang Sora kini bercinta


Kisah cinta pasangan pelakon popular, Hyun Bin dan Kang Sora dijangka menarik perhatian peminat menjelang pembukaan tirai 2017 nanti.

Hubungan mereka menjadi semakin rapat setelah kedua-duanya bertemu buat pertama kali sekitar bulan Oktober lalu atas urusan kerja.

Menyedari tarikan dan keserasian yang mudah terjalin, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk mengubah hubungan daripada kenalan biasa menjadi pasangan kekasih.

“Kisah romantik mereka bermula apabila Kang Sora hadir ke agensi pengurusan Hyun Bin kerana ingin membincangkan soal masa depan kariernya,” kata sumber.

Biarpun demikian, belum ada sebarang hitam putih tentang hubungan mereka diumumkan setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post