Redha wakili negara ke Oscar 2017


Redha wakili negara ke Oscar 2017

FILEM Redha arahan sutradara Tunku Mona Tunku Khalid dipilih mewakili negara bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi Ke-89 (Oscar) 2017.

Pemilihan filem terbitan Current Pictures Sdn Bhd itu diumumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi Jawatankuasa Festival Filem Antarabangsa.

Filem yang mengisahkan kekuatan dan pengorbanan pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran anak tunggl menghidap autisme ini dibarisi pelakon hebat seperti Nam Ron, June Lojong, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester selain pelakon kanak-kanak; Harith Haziq dan Izzy Reef.

Untuk rekod, Redha menjadi filem keempat yang mewakili negara selepas Puteri Gunung Ledang (2005), Bunohan (2013) dan Lelaki Harapan Dunia (2015).

Sebelum ini, filem itu meraih pelbagai anugerah seperti Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Filipina 2016. Terus mencipta sejarah, filem itu juga memenangi tiga anugerah di Festival Filem Islam Antarabangsa Kazan.

Filem itu turut disenaraikan bagi Anugerah Merit sempena Los Angeles Awareness Film Festival (LAAAFF) 2016 yang akan berlangsung pada 6 hingga 16 Oktober ini.

Selain itu, Redha juga akan mewakili negara ke-4th Casa Asia Film Week, Barcelona dan 10th Asia Pacific Screen Awards (APSA) di Brisbane, Australia pada November depan.



Post a Comment

Previous Post Next Post