Nora Ariffin terkilan suami tak sokong sertai Gegar Vaganza


NORA dan suaminya, Johan Nawawi.

Penyanyi Nora, 43, terkilan apabila suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi tidak begitu memberikan sokongan terhadap pembabitannya dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang memulakan saingan sejak Ahad lalu.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berkata, Johan yakin dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah malah menganggap, segala persediaan yang dilakukannya seolah-olah akan beraksi di pentas persembahan biasa.

"Saya faham, suami terlalu sibuk.

Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3.

Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain.

"Saya sempat menegurnya dan memberitahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar.

Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.

"Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan," katanya kepada BH Online.

Khamis lalu, Nora menerusi status di Facebook meluahkan rasa syukur apabila peminatnya tidak pernah putus memberikan kata sokongan sejak persaingan GV3 bermula.

Penyanyi Hanyalah Satu itu, bagaimanapun mengakui, terkilan apabila suaminya terlalu sibuk dengan kerjanya hingga tidak mempunyai masa memberikan perhatian kepada usahanya untuk sentiasa tampil terbaik.

Nora berkata, status yang ditulisnya itu bukan berniat memburukkan suami sendiri, sebaliknya sekadar luahan hati selepas berdepan pelbagai tekanan kerana tidak mahu mengecewakan kepercayaan besar yang diberikan peminat.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu juga bersyukur, luahannya itu tidak dipandang negatif peminat malah mereka sentiasa meniupkan kata semangat supaya dirinya lebih yakin meneruskan perjuangan.

Pada masa sama, Nora juga memastikan dirinya mengambil makanan tambahan yang cukup supaya tidak mudah sakit.

Apatah lagi, ketika ini jadualnya begitu padat kerana turut memenuhi jemputan persembahan lain.

"Bagi memantapkan nyanyian, saya fokus kepada latihan vokal dan memastikan rehat yang cukup.

Selain, itu, pengambian makanan tambahan juga penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit.

"Saya pula terlebih menerima tawaran menjayakan beberapa persembahan nyanyian sebelum GV3, jadi saya perlu laksanakan tugas itu dengan baik.

Ketika ini, jadual harian saya begitu padat tetapi Alhamdulillah, saya mampu melakukannya dengan baik," katanya.



1 Comments

  1. Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
    kedudukan: Pengarah Urusan
    Nama: Najwa Mohammed
    Bandar: Miri
    Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
    kadar faedah: 1%
    E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com


    Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

    MOHON SEKARANG
    E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp **** + 447723553516

    ReplyDelete
Previous Post Next Post