Aiman TinoKu Rela Dibenci Dahului Lagu Yuna Crush Di Youtube


Betul-betul berhantu lagu penyanyi baru Aiman Tino. Ini kerana single pertamanya Ku Rela Dibenci telah mencecah sebanyak 15 juta tontonan dalam masa tiga bulan sahaja.

Hebatkan.

Ditanya pada Aiman sendiri, dia juga tidak menyangka sambutan adalah begitu luar biasa.

"Lagu ini asalnya dibuat suka-suka sahaja oleh ayah saya Yusri Ishak (ACK). Liriknya maknyang buat. Saja nak letak dalam YouTube. Tapi dah rezeki, memang di luar jangkaan sungguh sambutannya. Alhamdulilah.

"Show pun Alhamdulilah banyak terima di dalam negara. InsyaAllah bulan depan akan ke Singapura pula. Indonesia belum lagi. Kalau show selain nyanyi lagu wajib ini, Aiman juga akan nyanyikan single kedua Permata Cinta.

"Lagu Permata Cinta masih sama konsepnya iaitu lagu jiwang sebab Aiman memang suka lagu-lagu seperti ini macam zaman New Boys, Spoon, Scoin dulu. Aiman yakin peminat lagu begini masih ada," jelasnya.

Dalam pada itu, MH Online tertarik dengan komen peminat yang mengatakan lagu Aiman Ku Rela Dibenci ini telah mendahului lagu Yuna duet bersama Usher Crush.

Setakat hari ini tontonan lagu Crush adalah sebanyak 14 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post