Angelina Jolie fail penceraian terhadap Brad Pitt


SELEBRITI terkenal Hollywood Angelina Jolie menfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga aktor terkenal Brad Pitt.

Menurut dokumen mahkamah, pasangan itu berpisah pada 15 September iaitu dua tahun selepas berkahwin pada Ogos 2014

Pasangan ini bagaimanapun telah bersama sejak tahun 2005.

Jolie memohon hak penjagaan terhadap enam anak mereka dan meminta mahkamah untuk memberikan hak lawatan kepada Pitt.

Memetik laman web TMZ.com, pelakon dan pengarah itu menyatakan kurang persefahaman sebagai punca penceraian.

Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Jolie, Robert Offer berkata, keputusan yang dibuat itu adalah untuk kebaikan keluarga tersebut.

Menurut Robert, Jolie tidak akan mengulas lanjut berhubung penceraian ini buat masa ini dan meminta diberikan privasi kepada keluarga untuk berdepan masa sukar ini.

Dalam pada itu, Pitt memohon pihak media memberikan ruang kepada mereka untuk berdepan situasi ini.

"Saya amat sedih dengan perpisahan ini, namun apa yang paling penting adalah kesejahteraan anak-anak," kata Pitt dalam satu kenyataan kepada CNN.

Post a Comment

Previous Post Next Post