Rossa bantah gosip kahwin


Rossa

Baru-baru ini, satu gosip di Malaysia menulis tentang Rossa yang didakwa berkahwin dengan seorang kerabat dari Pahang.

Dalam berita tersebut, pelantun lagu Pudar itu ditemui di sebuah hotel di Sarawak. Ada sumber yang mengatakan Rossa ketika itu sedang bercuti bersama suaminya yang merupakan seorang kerabat.

Terkesan dengan gosip tersebut, Rossa memuat naik keratan gosip itu di laman Instgramnya,

@itsrossa910.

“Baru-baru ini ada artikel di sebuah akhbar Malaysia yang menulis saya sudah bernikah. Jadi, saya perlu menulis sesuatu mengenainya. Kepada penulis, terima kasih atas masa dan perhatian anda menulis tentang saya. Namun, saya rasa seperti difitnah,” tulis Rossa menerusi gambar keratan tersebut.

Rossa menegaskan, dia tidak pernah bermesra dengan seorang lelaki di hotel tersebut, malah meminta bukti bergambar.

“Jika ada gambar yang menunjukkan hal tersebut, sila kongsikan. “Jika tidak ada bukti, lebih elok untuk tidak dituliskan sebagai berita kerana ia hanya merugikan masa,” tegas Rossa lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post