Ola Bola Terima 14 Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke-28


Filem Ola Bola mendapat 14 pencalonan menerusi Festival Filem Malaysia ke-28.

Filem arahan iaitu arahan Chiu Keng Guan iaitu Ola Bola mendahului senarai pencalonan Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM 28) apabila menerima 14 pencalonan.

Filem yang berjaya mengutip RM15.85 juta sepanjang ditayangkan di pawagam itu dicalonkan menerusi kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia termasuk Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.

Ola Bola juga menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Shivatharan Nambiar), Pelakon Baharu Wanita Terbaik (Marianne Tan), Pelakon Baharu Lelaki Terbaik (Saran Kumar) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Sri Balasubramaniam).


Pengarah Ola Bola, Chiu Keng Guan.

Antara kategori lain yang turut dicalonkan adalah Kesan Visual Khas Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik (Arena Cahaya), Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Dalam pada itu, filem Polis Evo yang mencatatkan kutipan cemerlang dipawagam iaitu sebanyak RM 17.47 juta mengekor rapat dengan 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28 (Ghaz Abu Bakar), Pelakon Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam dan Zizan Razak), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hushairi Husain) dan Lakon Layar Terbaik FFM 28.

Kategori lain yang turut dicalonkan adalah Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Sementara itu, Munafik arahan Syamsul Yusof pula mendapat sembilan pencalonan menerusi kategori Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28, Pelakon Wanita Terbaik (Nabila Huda), Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Kesan Visual Khas Terbaik.


Syamsul menerima sembilan pencalonan menerusi filem Munafik.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media FFM 28 yang diadakan di Platinum Sentral di sini malam Rabu.

Malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Penyertaan syarikat-syarikat produksi yang layak menghantar pencalonan adalah dari 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016.

Dalam perkembangan sama, antara filem lain yang turut mendapat sembilan pencalonan adalah Jagat dan The Kid From The Big Apple.


Pekin Ibrahim.

Manakala filem pertama arahan pelakon Pekin Ibrahim iaitu Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit mendapat lapan pencalonan.

Selain Pelakon Lelaki Terbaik, Pekin turut tercalon menerusi kategori Lakon Layar Terbaik FFM 28, Cerita Asal Terbaik dan Pengarah Baharu Terbaik.

Naskah itu juga turut mendapat pencalonan menerusi Pelakon Baharu Wanita Terbaik (Falisha Crosley), Penataan Bunyi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Festival Filem Malaysia Ke-28:

1. OLA BOLA

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK - BAK CHEE HONG
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK - SHIVATHARAN NAMBIAR
PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK - MARIANNE TAN
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK - SARAN KUMAR
LAGU TEMA ASAL TERBAIK ZEE AVI & RENDRSA ZAWAWI – ARENA CAHAYA (ZEE AVI)
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK - SAN WENG ONN / SAN WAI LIK (ALEX SAN)
PENATAAN SENI TERBAIK - SOON YONG CHOW
PENYUNTING TERBAIK - GYWNETH LEE
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK - ELAINEE NG / WENG SHUM
LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - CHAN YOKE YENG / TAN PIK YEE
CERITA ASAL TERBAIK - CHIU KENG GUAN / CHAN YOKE YENG / TAN PIK YEE
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - SRI BALASUBRAMANIAM
PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - CHIU KENG GUAN
FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA - ASTRO SHAW SDN.BHD /GOLDEN SCREEN CINEMA SDN.BHD/MULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN.BHD

2. POLIS EVO

PENATAAN BUNYI TERBAIK - IMAGINEX STUDIOS SDN BHD
PENYUNTING TERBAIK - NAZIM SHAH
SINEMATOGRAFI TERBAIK - HARIS HUE ABDULLAH
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK - NASIRAH RAMLAN
LAKON LAYAR TERBAIK FFM28 - JOEL SOH / KYLE GOONTING /ANWARI ASHRAF HASHIM / ADIB ZAINI
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - HUSHAIRI HUSAIN
PELAKON LELAKI TERBAIK - ZIZAN RAZAK
PELAKON LELAKI TERBAIK - SHAHEIZY SAM
PENGARAH TERBAIK FFM28 - GHAZ ABU BAKAR
FILEM TERBAIK FFM28 - ASTRO SHAW SDN.BHD

3. JAGAT

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK - HARVIND RAJ
PENGARAH BAHARU TERBAIK - SHANJHEY KUMAR PERUMAL
PENATAAN SENI TERBAIK - ESVARAN KRISHNAN
PENYUNTING TERBAIK - KUMARAN ARUMUGAM
SINEMATOGRAFI TERBAIK - SENTHIL KUMARAN MUNIANDY
LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - SHANJHEY KUMAR PERUMAL
CERITA ASAL TERBAIK - SHANJHEY KUMAR PERUMAL
PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - SHANJHEY KUMAR PERUMAL
FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA - SKYZEN(M) SDN.BHD

4. MUNAFIK

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK - VIPER STUDIOS SDN BHD
LAGU TEMA ASAL TERBAIK - SYAMSUL YUSUF – KALAH DALAM MENANG (SYAMSUL YUSOF & MAWI)
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK - SYAMSUL YUSOF
PENATAAN BUNYI TERBAIK - IMAGINEX STUDIOS SDN BHD
PENYUNTING TERBAIK - SYAMSUL YUSOF
SINEMATOGRAFI TERBAIK - RAHIMI MAIDIN
PELAKON WANITA TERBAIK - NABILA HUDA
PENGARAH TERBAIK FFM28 - SYAMSUL YUSOF
FILEM TERBAIK FFM28 - SKOP PRODUCTIONS SDN.BHD

5. THE KID FROM THE BIG APPLE

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK- TAN QIN LIN
PENGARAH BAHARU TERBAIK- JESS TEONG
PENATAAN SENI TERBAIK- RAY TAN YEW SWEE
PENYUNTING TERBAIK - LOON CHEAN HOONG
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK - JESS TEONG
LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - JESS TEONG
CERITA ASAL TERBAIK JESS TEONG
PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - JESS TEONG
FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA - THREE PRODUCTION SDN.BHD

6. MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK - FALISHA CROSLEY
PENGARAH BAHARU TERBAIK - PEKIN IBRAHIM
PENATAAN BUNYI TERBAIK - IMAGINEX STUDIOS SDN BHD
SINEMATOGRAFI TERBAIK - RAJA MUKHRIZ
LAKON LAYAR TERBAIK FFM28 - PEKIN IBRAHIM
CERITA ASAL TERBAIK - PEKIN IBRAHIM
PELAKON LELAKI TERBAIK - PEKIN IBRAHIM
FILEM TERBAIK FFM28 - SKOP PRODUCTIONS SDN.BHD / VIPER STUDIOS SDN BHD

7. REMBAT

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK - ZARA ZYA
PENATAAN BUNYI TERBAIK - ADDAUDIO SDN BHD / (FOO YUEH YEE)
CERITA ASAL TERBAIK - LINA TAN / AMRI ROHAYAT / TAN BOON HUAT
PELAKON LELAKI TERBAIK - ANIU
PENGARAH TERBAIK FFM28 - SHAMYL OTHMAN

8. SUAMIKU ENCIK PERFECT

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK - RAJA ILYA
PENGARAH BAHARU TERBAIK - FEROZ KADER
LAKON LAYAR TERBAIK FFM28 - FEROZ KADER
PELAKON LELAKI TERBAIK - AARON AZIZ
PELAKON WANITA TERBAIK - LISA SURIHANI

9. LOVE SUPERMOON

LAKON LAYAR TERBAIK FFM28 - WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - ANNE NGASRI
PELAKON WANITA TERBAIK - NADIYA NISAA
PENGARAH TERBAIK FFM28 - WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN

10. NOTA

LAKON LAYAR TERBAIK FFM28 - BEA TANAKA
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - ALLAHYARHAM RAMLI HASSAN
PELAKON WANITA TERBAIK - MAYA KARIN
FILEM TERBAIK FFM28 - 42ND. PICTURES SDN.BHD

11. HUAT THE FISH

PENATAAN SENI TERBAIK - WONG JEE MENG / NICK WONG
LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - LIM TEIK YIN / JACK LIM / WONG JEE MENG / NICK WONG
PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - YEE KWAN HUAH / SILVER
FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA - THE FILM ENGINE SDN BHD

12. CICAKMAN 3

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK - YUSRY ABDUL HALIM
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK - RYQAL ISKANDAR
LAGU TEMA ASAL TERBAIK EDRY ABDUL HALIM – ADIWIRA (ZIZAN RAZAK & KRU)
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK - HASNAN YAACOB

13. JEJAK WARRIOR

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK - ALIFF FIRDAUS
PENGARAH TERBAIK FFM28 - SAW TEONG HIN
FILEM TERBAIK FFM28 - U2 MEDIA SDN.BHD

14. MARAVAN

LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - PUVANENDRAN A/L SELVARAJA
PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA) - PUVANENDRAN A/L SELVARAJA
FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA - GOLDEN PEACOCK FILM PRODUCTION SDN.BHD

15. GIRLFRIEND KONTRAK

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK - NUR RISTEENA
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK - KEITH FOO
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - AZAD JAZMIN

16. BRAVO 5

PENATAAN SENI TERBAIK - MOHD KHAIRUL MD DAN
SINEMATOGRAFI TERBAIK - MD NOR KASSIM
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK - HASNAN YAACOB

17. JWANITA

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK - NUR ZAIDI ABD RAHMAN
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - CHRISTINA SUZANNE
PELAKON WANITA TERBAIK - MAYA KARIN

18. CHOWRASTA

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK - CHE AMAR
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK - AZMEER
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - AMINAH RHAPOR

19. PILOT CAFÉ

LAGU TEMA ASAL TERBAIK NUR ZAIDI ABD RAHMAN – UNTUK CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK - NURZAIDI ABD RAHMAN

20. JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - HASNUL RAHMAT
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK - ADAM SHAHZ

21. LANGIT CINTA

LAGU TEMA ASAL TERBAIK - NUR ZAIDI ABD RAHMAN – LANGIT CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD

22. GAMATISME

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - ADELINE TSEN

23. KAPSUL

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK - AMRU NAJMI OSMAN

24. VILLA NABILA

PENATAAN BUNYI TERBAIK - IMAGINEX STUDIOS SDN BHD

25. CCTV

PENGARAH TERBARU TERBAIK - DAVEN RAGHAVAN

26. THE NOISE

KESAN VISUAL TERBAIK - BLIMINAL STUDIO SDN BHD

27. BIASAN

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK - MAS KHAN

28. LANGIT CINTA

LAGU TEMA ASAL TERBAIK - NUR ZAIDI ABD RAHMAN – LANGIT CINTA (DAYANG NURFAIZAH)

Post a Comment

Previous Post Next Post